Di malaysia terkenal dengan syurga makanan, terdapat pelbagai jenis makanan yang menarik, sedap dan lazat. Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis kaum, bangsa dan budaya. Justeru itu makanan merupakan 1 aspek yang menyatukan rakyat Malaysia yang datangnya dari berbilang bangsa. Sebagai contoh makanan Melayu bukan hanya digemari oleh orang melayu sahaja bahkan ia juga digemari oleh orang cina dan india sebagai contoh Nasi Lemak.
Nasi Lemak
Nasi Lemak merupakan sejenis makanan yang berasaskan nasi yang dimasak dengan santan serta ditambah dengan daun pandan yang dapat menghasilkan aroma yang cukup wangi apabila dinikmatinya. Dimakan dengan sambal ikan bilis serta lauk samping seperti telur, ayam goreng dan paru sambal. Makanan yang cukup popular di kalangan masyarat di Malaysia
Roti Canai
Roti canai atau paratha ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya menyaingi nasi lemak, dimana ianya diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati merupakan makanan yang diolah daripada gandum tulin yang mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.
Laksa Penang (yummy :D)
Selain tu juga makanan yang digemari oleh rakyat malaysia adalah laksa. Terdapat pelbagai jenis laksa antaranya laksa Johor, laksa Penang, laksa Sarawak dan akhir sekali laksa Kelantan atau lebih dikenali dengan panggilan laksam. Kat sini saya nak fokuskan pada 1 jenis laksa sahaja iaitu laksa penang yang menjadi kegemaran kami lagi-lagi kami mudah untuk mendapatkannya kerana sedia maklum kami memang telah bermastautin di utara dan akan terus menetap di sini untuk menghabiskan ijazah kami ;)
Buat masa ini, ini sahajalah jenis makanan yang dirasakan 'Awsome' di Malaysia. :) Dibawah saya sertakan link tempat-tempat makan yang 'best' yang terdapat di negeri Kedah KLIK SINI http://saji.my/tempat-makan-di-alor-setar/
Luaskan pengalaman anda dengan menikmati pelbagai jenis makanan yang sedap yang terdapat di Malaysia ini. Apabila anda sudah merasainya anda pasti ingin lagi dan lagi...Apa-apa pun selamat mencuba ;)
No comments:
Post a Comment