Wednesday, 30 March 2016

KEMBARA KE TOKYO!!

KEMBARA KE BUMI MATAHARI TERBIT

Tokyo merupakan ibu negara bagi negara matahari terbit iaitu, Jepun. Tokyo turut tersenarai dalam bandar yang termahal didunia. Tokyo merupakan bandar metropiltan dan mempunyai kepadatan penduduk. MAHAL?? TERKAYA?
macam mana kita nak melancong ke negara yang cantik ni.. senang je.. orang kata tak logik , tapi kita kena buat kajian. ada yang berkata boleh ke tokyo dengan hanya RM300 ( Hehehee..tiket penerbangan dan penginapan siap-siaplah beli dekat Malaysia..boleh lahh berjimat sikit,..)  RM 300 , BETUL KE??
Tips jimat senang je.. banyakkan naik pengangkutan awam, cari betul-betul maklumat sebelum ke sana .. nanti takde lah menjajau ke tempat lain, almaklum.. bukan mudah komunikasi dengan penduduk Jepun.

Apa yang menarik di Tokyo?? 
Bagi yang melancong dengan bajet yang kecil boleh lah melawat ke tempat-tempat bersejarah dan rekreasi ..Antaranya 


Shinjuku Gyoen National Garden

Taman ini merupakan taman tertua di Tokyo. Sewaktu musim luruh seluruh taman ini akan bertukar menjadi warna kekuning-kuningan, ianya amat cantik untuk dilawati.


Meiji Shrine
Meiji Shrine dibina khas untuk Maharaja Meiji dan siap dibina pada tahun 1920. Semasa perang dunia ke-2 tercetus, kuil ini mengalami kerosakkan namun diperbaiki semula selepas itu. Meiji Shrine adalah kuil yang paling popular di Jepun. 


Gunung Fuji 

Gunung Fuji adalah gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.24 m (12,389 ft). Gunung Fuji amat terkenal di dunia kerana bentuk puncak gunung yang hampir sempurna dan sekata menyerupai bentuk cone. Di sekeliling Gunung Fuji terdapat 5 tasik yang cantik iaitu Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko.

menarikkan negara Jepun ni?? 

MUSIM-MUSIM DI TOKYO , JEPUN. 

Korang petik je, dari link sebelah nii.  4 musim di Jepun


Saksikan bingkisan ini.. 



masih tak cukup?? boleh dapatkan maklumat dari http://www.japan-guide.com/e/e623.html dan http://us.jnto.go.jp/top/index.php


selamat bercuti

Sunday, 27 March 2016

Disebalik Fashion Valet : Vivy Sofinas Yusof

Vivy Sofinas Yusof


Beliau dilahirkan pada 11 Disember 1988 dan dibesarkan di Kajang, Selangor.   
Memegang jawatan Pengarah Urusan Fashion Valet
Memegang Ijazah Undang-undang, School of Economic, United Kingdom.
Merupakan seorang ibu kepada dua orang cahaya mata ( Daniel Azim Shah & Mariam Iman Shah )


Memulakan empayar perniagaan pada usia 23 Tahun.
Mendapat anugerah '60 wanita inspirasi Nona' 


Beliau juga berjaya membawa fashion hijab ke serata dunia dan berjaya membanguunkan Fashion Valet sehingga mencapai RM 10 juta .

Vivy telah memulakan asas perniagaannya hanya dengan 'e-commerce' sehingga kini beliau telah mempunyai dua cawangan bagi Fashion Valet. 

Vivy merupakan orang yang sering berkerja keras dalam mengembangkan Fashion Valet dan seorang bos yang mudah mendekati pekerja dan sidenangi oleh pekerja-pekerjanya.

Rahsia Kejayaan 

Vivy, tidak pernah sesekali mengalah dalam membina sebuah empayar perniagaannya sendiri. Bagi Vivy, latar belakang pendidikan bukan menjadi penghalang beliau dalam menjadikan perniagaan hijab sebagai perniagaan beliau. Vivy menjadikan pengalaman hidup beliau sewaktu menuntut di United Kingdom sebagai sumber inspirasi membina sebuah empayar berkaitan fasyen.

Vivy, turut mendapat sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan suami tercinta. 


Fashion Valet ke serata dunia.

Vivy sering mempelbagaikan promosi serta barangan didalam laman sesawang Fashion Valet, bagi menarik minat semua pengunjung web mereka. Pssst... Sebut je Fashion Valet..penghantaran boleh dilakukan ke seluruh dunia..cakap je dekat mana..

Vivy kini telah berjaya mengembangkan Fashion Valet sehingga ke Singapura dan Indonesia...
Pelbagai fesyen terkini dan majoritinya daripada Anak Tempatan Malaysia dan Indonesia boleh didapati didalam laman FV, ini telah menaikkan lagi nama FV diserata dunia.

FV now leading in JAPAN!!
Dari zero kepada hero

Pada mulanya Fashion Valet (FV) hanya berlandaskan laman sesawang sahaja,tidak mempunyai mana-mana cawangan. Namun kini Fashion Valet telah memudahkan pelanggan-pelanggan mereka dengan mengunjungi cawangan mereka di Bangsar Village II.




Siapa kata ini sahaja ini sahaja Fashion Valet ada. Diarus kemodenan ni, semua orang suka kan kepantasan dan kemudahan yang cepat untuk didapati. Vivy telah membuat sesuatu yang luar biasa iaitu peminat Fashion Valet boleh membuat pembelian hanya melalui Instagram Fashion Valet  dengan hanya ikut langkah dari @SHOPLYNKS . tadaaa siap..klik je dekat baju mana yang korang minat boleh terus beli , tanpa perlu melalui laman sesawang Fashion Valet, hebat kan Vivy yang sering membawa pernigaannya bersama arus kemodenan masa kini..

Copppp... bukan itu je...yang sesiapa nak cepat.. korang boleh beli atas talian kemudian pilih je "self-collect" ..senang bukan, jadi dekat situ jimat masa. semua orang sukakan kepantasan dalam setiap urusan..!!!

sedikit bingkisan mengenai Vivy Sofinas Yusof



korang boleh follow

http://www.fashionvalet.com/
http://www.proudduck.com/

dan berbanggalah dengan wanita Malaysia ini..






WANITA & ALAT SOLEK

Wanita & alat solek.

Sesetengah wanita sanggup berhabisan duit bagi membeli alat solek dari serata dunia.
 'online shopping' lah kata kan.

Zaman sekarang akan selalu dengar lelaki akan cakap "kuasa makeup perempuan"..
Setiap wanita sanggup melaburkan wang mereka bagi mencantikkan diri mereka bagi menjaga personalliti diri mereka. dihadapan orang ramai. percaya ke tidak? lihat ni..





Kuasa perempuan dan make up tidak dapat dipisahkan. Antara senarai make up yang popular dan digemari oleh rakyat di Malaysia adalah :




pssstt...

jangan tersalah beli di laman web yang menjual produk tiruan. Anda boleh lah membeli barangan solek anda di laman web yang tertera dekat bawah ni.. ha.. senang gitu.. 

http://www.drugstore.com/


https://www.kyoubeauty.com/

jangan lah risau pasal kadar matawang tu.. kalau korang kira pun.. masih lagi murah berbanding dengan barang tu yang dah ada dekat Malaysia.. Jangan pulak terkejut bila tengok alat solek serendah RM 4.00 bila masa jualan murah...

GOOD LUCK LADIES .. 

-xoxo-

Drama TV Tak Seindah Drama Realiti

Hidup tak selalunya indah. Seringkali kita dimomokkan dengan kisah-kisah dongeng yang menjanjikan bahagia sejak dari kecil. Begitu juga drama-drama yang disiarkan di salah satu stesyen tv swasta yang sangat terkenal di malaysia. Selalu tengok tak rancangan drama waktu 7 petang setiap hari Isnin-Khamis? Ya itulah dia, bukan saya nak condemn ke apa, tapi melihat kepada situasi masa kini sangat mengkhuatirkan hati saya. Apatah lagi nak-anak muda Gen Z sedang membesar dengan dunia yang penuh pancaroba, belum lagi menyentuh tentang hal ekonomi.



Berbalik kepada drama, saya ada pernah mendengar beberapa kes sosial yang membimbangkan seperti, mengenai seorang anak gadis rela dirinya dirogol sebab dia terpengaruh dengan drama tv yang pada akhirnya hero akan berkahwin dengan mangsa rogol untuk menyelamatkan maruah si perempuan. Apa perasaan mak ayah kita jika anak gadisnya sanggup merelakan diri untuk dirogol? Drama-drama tersebut juga selalunya tak banyak pengajaran yang disampaikan kepada penonton. Banyak perkara negatif yang merosakkan minda anak remaja. Sampai bila kita mahu membiarkan perkara sebegini berlaku? Sampai bila? Fikirkan.

***notakaki :
1. Ya saya tahu tak mudah untuk menghasilkan sesebuah drama atau filem, tapi pihak produksi dah boleh pertimbangkan balik apa yang disuarakan oleh kami warga-warga yang lebih berusia daripada Gen Z.

2. Hasilkan drama atau filem yang lebih berkualiti daripada segi jalan cerita, penyesuaian pakaian artis, terapkan nilai-nilai murni dan sebagainya.

3. Saya yakin pihak produksi Malaysia boleh buat. Terbukti sebab kita dah pernah menang beberapa anugerah terbaik di peringkat luar negara kan? Kalau orang luar boleh, kenapa tidak kita? Hihi

Salam sayang dari saya.




Friday, 25 March 2016

Pengalaman "Scalling" Gigi

Assalamualaikum, hellooooo guys. 
Apa khabar semua? Sihat ke? Ahahahahha rasa macam terlalu formal pulak hik*tampar muka sendiri*. Maaf semua saya cuba tulis formal sikit dalam blog ni sebab kan..sebab ini blog assigment Computer Application punya. Hohoho hai Sir Rosmadi ^__^

Bismillahirrahmanirrohim, by the way, korang pernah dengar tak pasal "scalling" gigi? Or the other meaning is pembersihan gigi. Selalu dulu waktu sekolah rendah mesti ada satu masa tu kan kita kena cek gigi, lepastu kalau gigi korang banyak karang doktor akan bersihkan sambil membebel-bebel ahahaha. Pernah tak? Muka berkerut tu dah kenapa? Mesti dulu mengelat daripada jumpa doktor gigi la tu hihi. Eh kejap, karang gigi tu apa ya? Aipp korang ni nak kena tau. Mari sini kakak nak tunjuk apa itu karang gigi. Rileks... tarik nafas dulu, lepas...tarik....lepas.... Dah? Hahh mari tengok cepat

Nampak tak yang kat bawah gigi warna kuning-kuning keras tu? Itulah kita panggil karang gigi oh my god jangan pitam ya.
Okey kalau macamni pulak, selalunya korang adalah penggemar air kaffien, tak pon korang merokok. Benda ni kalau dibiarkan lama-lama memang buat mulut kita berbau busuk, even korang dah berus gigi sungguh-sungguh pagi tadi. Jadi, rasa macam tak guna kan, cuba lah kumur listerine ke klorok ke, bau tu tetap akan ada sebenarnya walaupun hidung kau tak bau apa-apa pun. Seram tak? Hahahaa jadi hati-hati guys jangan sampai jadi macamni tau.

"So, apa penyelesaiannya?" 

Simple! Pergilah buat rawatan gigi wahai kakak-kakak dan abang-abang sekalian. Kalau pergi dekat klinik kerajaan murah je cuma faham-faham lah daripada segi masa tu memang lama nak beratur menunggu giliran. Ikut kemampuan masing-masing, kalau mampu pergilah buat dekat swasta, agak pricey juga. Tapi tak apa, yang penting gigi bersih dan sihat kan. Sebelum saya mendaftar masuk UUM hari tu, saya berkesempatan untuk mendapatkan rawatan cuci gigi dekat satu klinik di semenyih. Mula-mula agak gementar, sambil nak tunggu giliran tu boleh pulak cakap dekat mak, "kita cancel kan jelah, jom balik blaa3x". Takut sangat hahaha padahal tak ada apa-apa pon. Saya kena "Full Mouth Scalling" ya rabbi sebab dah nak dekat 12 tahun tak pernah cuci gigi euwww ahhahahha. Rasa dia memang nyilu sangat tapi tahan jelah, bleeding tak payah cakap. Memang banyak darah keluar, cuma rasa nervous tu berkurang bila dengar doktor tu mulakan rawatan dengan bismillah, alhamdulillah tenang rasa hati. Lepas dibersihkan oleh doktor, agak lama juga nak tunggu darah berhenti mengalir. Kumur banyak kali sampailah puas. Kemudian, rasa asyik nak tengok cermin je..... Sebab gigi dah bersih kan. Memang puas hati! Nak makan pon rasa sayang, hati tu rasa berbunga-bunga asyik nak senyum je. Nah, bila gigi bersih mestilah rasa lebih yakin. Tapi korang jangan salah faham, mencuci gigi dengan memutihkan gigi adalah rawatan yang berbeza. Nak tau apa beza? Boleh search google sendiri hihi.
Seronoknya bila gigi dah bersih. Ni gambar google je tau, nanti hampa fikir ni gigi saya pulak. Hahaha ya Allah apa korang rasa bila nampak seorang perempuan dah control ayu dah ni jalan, sekali tengok gigi dia alamakkk...............*pengsan*

Harga scalling gigi di hospital kerajaan, cuma RM1-RM3 sahaja. Kalau di klinik swasta lebih kurang dalam RM100-300 juga. Lain service, lain klinik, lain rawatan, lainlah charge yang akan dikenakan. So pandai-pandai korang lah survey harga dan rawatan apa yang nak dibuat okey?
Last but not least, nah saya hadiahkan gambar gigi cantik, bersih dan menawan. Yaa gigi saya la ni ahhaha k tipu saja. Yang penting bersih tau. Barulah boleh senyum seindah suria.

Nak pakai lipstik warna apa pon jadi yakin bila mulut dan gigi bersih. Senyum selalu ^__^

***notakaki : 
  1. Pastikan berus gigi dua kali sehari ya. Kalau terlebih rajin, boleh berus tiap kali lepas makan. Saya pemalas.(cuba untuk berlaku jujur ahahaha)
  2. Kurangkan minum air berkaffien, banyakkan minum air masak. Lagipun memang air masak elok untuk kesihatan pon kan.
  3. Banyakkan makan buah-buahan. Bila nak gigit buah tu, gigit sungguh-sungguh sebab dia boleh cuci gigi kita sekali. Contohnya buah strawberry, ada khasiat tertentu dalam strawberry yang boleh buat gigi kita putih.
  4. SENYUM SELALU!




Wanita VS Backpackers

wanita vs backpackers?? apa???

pastinya kalau korang cakap dekat mak ayah dorang akan cakap "tidak","tak boleh".

jangan bersedih..normal semua tu , yang penting diri kita kena pandai yakinkan mak ayah dekat kampung yang kita boleh jaga diri.. ramai dah dalam Malaysia ni, para wanita, gadis-gadis manis yang travel sesama perempuan, insyaallah cukup maklumat boleh melancong dengan mudah..

Bajet takde?? sabaq.. menabung dulu,pilih tempat-tempat yang bajet murah-murah dulu. percayalah.

bagi yang fikir mana nak dapat rujukan, mudah sesangat korang search je ..
 https://www.facebook.com/groups/backpackers.buddies.malaysia/?fref=ts

semoga berjaya gadis kampus sekalian.



Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Dilahirkan di Kedah pada tahun 1951.
Umur sekarang 2016 (65 tahun)

Keluarganya berasal dari Hadhramaut,Yemen.

 Anak ke-3 daripada 7 orang adik-beradik.

Pendidikan SPM.

Mula berniaga - 19 tahun
(jual beli lembu dan kerbau)

Ke-9 terkaya di Malaysia. Klik di sini

Usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.45 bilion
(tahun 2016)

Usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.




Rahsia Kejayaan

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary boleh menjadi seorang usahawan yang hebat. Beliau bukannya bersuara lantang. Disegani ramai.
Hasil kejayaan beliau sekarang banyak didorong oleh semangat untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Ini satu usaha murni yang semakin terhakis dalam diri masyarakat. 3 rahsia kejayaan beliau ialah :
  1. Perderma dan tidak suka menceritakan                
  2. Mendahulukan 2 bidadari syurga - Ibu dan isteri
  3. Falsafah berbisnes untuk beramal                                                              
BERMULA MENCARI PENGALAMAN DALAM PERNIAGAAN
Disebabkan oleh latar belakang keluarga yang miskin, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari terpaksa melangkah ke dunia bekerja dalam kehidupan awal beliau, pada masa yang sama mengikuti pengajian rendah dan menengah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasaran dan juga menjual roti canai. Pengetahuan angka beliau digunakan untuk membantu bapanya dalam melakukan buku simpanan harian.
Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu bapanya dalam perniagaan lembu penternakan tetapi hanya untuk melihat perniagaan itu muflis akibat penyakit kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, beliau mengambil alih perniagaan dan mula semula dengan menjual daging. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
PERNIAGAAN MULA BERKEMBANG
Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.
Tan Sri Syed Mokhtar kemudian menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
 Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.
MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN KE BIDANG PEMBUATAN
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam.
Beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagimengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha beliau kepada bidang yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.Kejayaannya dapat dilihat dengan penguasaan sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993.
Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan.
Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia. Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM775 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.
Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.


MAKANAN YANG 'AWESOME' DI MALAYSIA



Di malaysia terkenal dengan syurga makanan, terdapat pelbagai jenis makanan yang menarik, sedap dan lazat. Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis kaum, bangsa dan budaya. Justeru itu makanan merupakan 1 aspek yang menyatukan rakyat Malaysia yang datangnya dari berbilang bangsa. Sebagai contoh makanan Melayu bukan hanya digemari oleh orang melayu sahaja bahkan ia juga digemari oleh orang cina dan india sebagai contoh Nasi Lemak.


  Nasi Lemak

Nasi Lemak merupakan sejenis makanan yang berasaskan nasi yang dimasak dengan santan serta ditambah dengan daun pandan yang dapat menghasilkan aroma yang cukup wangi apabila dinikmatinya. Dimakan dengan sambal ikan bilis serta lauk samping seperti telur, ayam goreng dan paru sambal. Makanan yang cukup popular di kalangan masyarat di Malaysia




Roti Canai 

Roti canai atau paratha ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya menyaingi nasi lemak, dimana ianya diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati merupakan makanan yang diolah daripada gandum tulin yang mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.




Laksa Penang (yummy :D)

Selain tu juga makanan yang digemari oleh rakyat malaysia adalah laksa. Terdapat pelbagai jenis laksa antaranya laksa Johor, laksa Penang, laksa Sarawak dan akhir sekali laksa Kelantan atau lebih dikenali dengan panggilan laksam. Kat sini saya nak fokuskan pada 1 jenis laksa sahaja iaitu laksa penang yang menjadi kegemaran kami lagi-lagi kami mudah untuk mendapatkannya kerana sedia maklum kami memang telah bermastautin di utara dan akan terus menetap di sini untuk menghabiskan ijazah kami ;)


Buat masa ini, ini sahajalah jenis makanan yang dirasakan 'Awsome' di Malaysia. :) Dibawah saya sertakan link tempat-tempat makan yang 'best' yang terdapat di negeri Kedah KLIK SINI http://saji.my/tempat-makan-di-alor-setar/


Luaskan pengalaman anda dengan menikmati pelbagai jenis makanan yang sedap yang terdapat di Malaysia ini. Apabila anda sudah merasainya anda pasti ingin lagi dan lagi...Apa-apa pun selamat mencuba ;)






PENGALAMAN YANG MEMENATKAN TAPI SERONOK ^_^

Pengalaman percutian yang menakutkan, memenatkan, mencabar fizikal dan mental, memeluhkan seluruh badan dan menyakitkan satu badan. Walaupun begitu, kita akan rasa kepuasan, keterujaan, kehebatan dan keseronokan yang cukup berbeza.



Bagi mereka yang tidak suka bersesak, belilah tiket melalui online. klik di sini



Tips kalau nak main puas-puas jangan pergi musim hujan. Kalau hujan, nanti ada beberapa permainan yang ditutup. Satu lagi kena datang awal, kalau tak memang tak boleh habis la semua cabaran. Banyak tu...

Jom explore :

1. Tubby Racer


2. Monkey Business


3, Tarzan's rope


Tengok la video aktiviti best. 



tak cukup lagii klikk dekat bawah ni!!


Kesimpulannya, sebelum tua dan tak ada penyakit elok la datang escape.



Thursday, 24 March 2016

APA ITU EL NINO???



El Nino merupakan 1 fenomena panas melampau dimana cuaca panas ekstrem telah melanda Malaysia. Fenomena ini berlaku akibat daripada kecelaruan dan perubahan cuaca dunia yang tidak menentu sejak kebelakangan ini memberi petanda bahawa fenomena El-Nino (yang juga dikenali sebagai ‘si anak kecil' dalam bahasa sepanyol) berulang kembali. Namun kehadirannya pada kali ini tidaklah seteruk yang pernah berlaku pada tahun 1997-1998 (yang telah menyebabkan berlakunya jerebu, kemarau dan kepanasan yang melampau dengan suhu meningkat melebihi 40 darjah Celsius) dan dikatakan yang paling buruk pernah berlaku sejak 150 tahun yang lampau.Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna kita boleh memandang sepi sahaja hal tersebut kerana walaupun ia tidaklah seteruk yang pernah berlaku sebelum ini, namun kita tetap merasai bahangnya.


Terdapat beberapa buah negeri yang mencatatkan suhu yang tinggi di Malaysia. Telah dinyatakan di dalam berita astro awani mengenai hal ini. Baca selanjutnya klik sini http://www.astroawani.com/berita-malaysia/empat-negeri-di-semenanjung-catat-bacaan-suhu-tertinggi-pada-sabtu-99268







Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Apabila berlaku fenomena sebegini kita hendaklah sentiasa menjaga kesihatan, elakkan dari terkena sinaran cahaya matahari pada waktu-waktu kemuncak panas iaitu dari pukul 12 tengahari sehingga 3 petang. Banyakkan minum air kosong bagi menggantikan kuantiti air yang hilang setelah berlakunya dehidrasi.


Kesan-kesan daripada El Nino klik sini http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/8100-el-nino-punca-cuaca-bercelaru


Penerangan lebih details mengenai El Nino klik sini http://www.met.gov.my/web/metmalaysia/education/weather/weatherphenomena/elninolanina?p_p_id=56_INSTANCE_zMn7KdXJhAGe&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-1&p_p_col_pos=1&p_p_col_count=2&_56_INSTANCE_zMn7KdXJhAGe_page=1


SELAMAT MEMBACA ;)

TARBIYAH SESUDAH KEMATIAN

Kisah penuh pedoman dari seorang pemuda yang telah pun kembali menemui Sang penciptanya, Allah SWT iaitu Ahmad Ammar Ahmad Azam. Kisahnya sudah cukup menggambarkan keperibadian insan ataupun permata Islam ini.

Setiap kali saya membaca buku-buku sejarah berkenaan sahabat-sahabat Rasulullah, serikandi-serikandi Islam serta tokoh-tokoh Islam yang terdahulu,mesti akan terlintas di fikiran saya, "masih wujudkah insan-insan yang punya keperibadian seperti mereka?" Allahurrabbi... bila terbaca kisah Ahmad Ammar, saya sedar bahawa insan-insan seperti itu bisa wujud tidak kira di mana dan bila sekalipun! (al-Fatihah)




BIODATA AHMAD AMMAR BIN AHMAD AZAM

Beliau seorang rakyat Malaysia yang belajar di Turki. Beliau berusia 20 tahun adalah seorang pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki. Ahmad Ammar seorang ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang aktif dan bapanya Tuan Hj Ahmad Azam Abdul Rahman merupakan Presiden ABIM untuk tahun 1997-2005.

















Di Turki, beliau sangat disenangi dan dihormati orang ramai kerana di usia yang muda beliau banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Beliau juga banyak mengikuti pelbagai misi kemanusiaan  seperti di Syria dan sebagainya. Ahmar Ammar Bin Ahmad Azam juga sangat disenangi kerana mempunyai budi pekerti yang baik, rajin, berdisiplin dan beliau juga dihormati rajin berdakwah untuk perjuangan Islam.
   


KISAH BELIAU

Kisah syahid seorang anak muda telah menjadi bualan yang serius di kalangan rakan-rakan, masyarakat Malaysia dan telah menjangkau ke banyak negara yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang beliau. Anak muda ini tidak nenonjol dalam rutin hariannya. Namun beliau yang merupakan pelajar cemerlang yang mempunyai tahap intelekdan emosi pada tahap yang tinggi. Beliau merupakan seorang syahid yang tertangguh.Pemikiran dan keterlibatan beliau dalam kerja-kerja dakwah amat mengagumkan. Pada usia 20 tahun beliau telah terlibat dalam pelbagai misi termasuk di Syria.
Subjek sejarah yang beliau pilih merupakan kesinambungan visi yang tertanam dalam diri iaitu untuk menguasai sejarah dan menguasai dunia. Kerana bagi beliau sejarah adalah kunci umat Islam, Sejarah kegemilangan sultan Muhammad al-Fateh menguasai konstantinopel perlu diulangi. Namun Allah lebih menyayangi beliau. Tanggal 2 November 2013, gugurlah seorang insan berjiwa al-Fateh. Pemergian yang ditangisi oleh rakan seluruh dunia. Kematian yang hidup bermakna beliau menjadi terkenal dan berjaya menyuntik semangat pada anak muda selepas kematiannya. 




ALUNAN MERDU NEY





Salam Perkenalan Dari Kami Gadis Kampus


Nama: Norashimah Binti Sazali
No. Matrik: 242902
Email: norasazali93@gmail.com
No. Tel: 013-45221o1
Program: Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian




Nama: Nurul Khairunnisa Binti Omar
No. Matrik: 243035
Email: 16dat11f1071@gmail.com
No. Tel: 017-4553963
Program: Ijazah Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian



Nama : Nor Atikah Binti Rohaimi
Umur : 22 tahun
Asal : Selangor
No. Matrik : 242944
Email : noratikahrohaimi@yahoo.com.my
Program : Ijazah Sarjana Muda Pemasaran


Nama : Nur Fatin Farhanah Binti Murat
No. Matrik : 243009
Email : farhanahmurat@yahoo.com
No. Tel : 017- 292 3426
Program : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Logistik & Pengangkutan) dengan Kepujian